Sep 23, 2011

::BINAAN SOALAN OBJEKTIF::


Definisi

Ujian objektif ialah suatu jenis ujian terdiri daripada item-item (soalan) yang memerlukan calon memberi jawapan dengan cara menanda, membulat atau menggaris gerak balas (respons) yang tepat, melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai atau memadankan perkara yang berkaitan dengan menggunakan garis lurus.

Ciri-ciri Ujian Objektif         

Berikut adalah beberapa ciri ujian objektif seperti yang dinyatakan di bawah:
  • Ujian jenis ini memerlukan pengambil ujian membuat pilihan atau mementukan jawapan-jawapan yang telah disediakan.  
  •  Dalam ujian ini, banyak masa ditumpukan kepada membaca dan berfikir. 
  • Kualiti ujian jenis ini juga bergantung kepada kemahiran dan kebolehan penubuhan bahan ujian. 
  • Ujian objektif dapat menerangkan tugas-tugas yang diharapkan daripada murid-murid yang boleh menjadi asas nilaian pencapaian kemahiran bahasa murid itu. 
  • Ujian ini mementingkan keadilan sepenuh-penuhnya dalam pemarkahan.
  • Ujian objektif biasanya pendek-pendek, padat, ringkas, dan tepat.

Jenis-jenis Ujian Objektif

Pada mulanya ujian objektif dikenali dalam dua bentuk, iaitu jenis item respons bebas (gerak balas bebas) dan jenis item respons tetap (gerak balas tetap). 

Jenis Item Respons Bebas 
Memerlukan calon memberi jawapan pendek atau melengkapkan ayat dengan perkataan yang tepat. 

 Jenis Item Respons Tetap 



Memerlukan calon memilih satu jawapan daripada senarai pilihan jawapan yang diberikan.
Calon perlu menanda, membulat, menggaris atau menyesuaikan gerak balas dengan tepat.
Bentuk item objektif jenis ini biasanya boleh dibina dalam tiga jenis iaitu:
a) Item betul / salah
b) Item padanan
c) Item aneka pilihan

Item Betul / Salah

         Item ini merupakan item beraneka pilihan jenis dua pilihan. Pelajar dikehendaki menentukan betul atau salah pernyataan-pernyataan yang diberikan. Pilihan yang biasa digunakan ialah ya-tidak, betu-salah, benar-tidak benar, sama-bertentangan, dan tepat-tidak tepat. Berikut adalah 8 prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk betul-salah:




1.    Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu menanda (“)/A bagi jawapan yang betul atau B/(X) bagi jawapan yang salah.
2.    Pernyataan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga-bunga”, supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.
3.    Taburan jawapan betul dan salah perlu dibuat secara rawak, iaitu tidak mengikut sistem  tertentu, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.
4.    Aras kesukaran setiap soalan perlu setara (seperti panjang dan maksud pernyataan), supaya setiap soalan mempunyai aras kesukaran yang sama.
5.    Soalan-soalan hendaklah berasaskan kepada pernyataan yang jelas betul atau yang jelas salah.
6.    Elakkan daripada memberi pernyataan yang betul lebih panjang daripada yang salah, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.
7.    Elakkan daripada menggunakan perkataan “selalu” atau “tidak pernah” dalam pernyataan, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.
8.    Sediakan bilangan pernyataan yang betul hampir sama dengan bilangan pernyataan yang salah, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.

Item Padanan

Item padanan berbentuk dua kumpulan objek atau perkara yang berkaitan. Dua kumpulan tersebut biasanya mengandungi masalah (stimuli) dan beberapa jalan penyelesaiannya (gerak balas). Senarai tindak balas adalah tetap tetapi stimuli atau pokok soalan sahaja berubah-ubah. Kebiasaannya, calon dikehendaki menjawab soalan ini dengan menggunakan garis menanda kedua-dua objek atau perkara yang berkaitan.

Item Aneka Pilihan

Item ini merupakan bentuk ujian objektif yang paling kerap digunakan dalam ujian dan peperiksaan. Bentuk item aneka pilihan ini mengandungi satu pokok item yang berfungsi sebagai soalan dan diikuti dengan beberapa gerak balas yang berfungsi sebagai pilihan jawapan. Antara beberapa pilihan jawapan tersebut, terdapat satu jawapan yang betul. Jawapan yang betul ini dinamakan sebagai kunci atau petanda. Gerak balas yang lain pula dinamakan sebagai pengganggu distraktor. Item ini terdiri daripada tiga (3) bahagian, iaitu stimulus, stem atau badan soalan dan jawapan pilihan.

Stimulus adalah bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus di mana soalan itu didasarkan, mungkin berbentuk teks, grafik, jadual atau perbualan. Manakala, stem adalah bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat lengkap, ayat tidak lengkap atau soalan. 

Jawapan pilihan pula adalah bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan, yang biasanya berbentuk angka, simbol, frasa, gambar rajah atau jadual dan lain-lain lagi.
Soalan jenis beraneka pilihan ini dikatakan sukar dibina dan sukar juga dijawab oleh pelajar, tetapi mudah diperiksa (boleh diperiksa oleh komputer dengan menggunakan borang OMR). Pelajar mendapati soalan beraneka pilihan sukar dijawab berbanding soalan jenis esei, sebab mereka perlu mengetahui jawapan secara tepat. Berikut adalah 9 prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk beraneka pilihan.

1.    Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu memilih jawapan yang betul atau paling tepat atau terbaik, sebab ada kalanya semua jawapan yang diberi adalah betul.
2.    Soalan dan semua jawapan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga- bunga”, supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.
3.    Perkataan sepunya tidak diulang-ulang dalam setiap jawapan pilihan, tetapI dimasukkan dalam badan soalan.
4.    Tuliskan setiap jawapan pilihan secara yang menarik supaya setiap jawapan yang diberikan adalah munasabah.
5.    Taburan jawapan betul perlu dibuat secara rawak, iaitu tidak mengikut sistem tertentu,  untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan betul.
6.    Setiap jawapan pilihan perlu ditulis sama panjang, supaya tidak memberi petanda kepada pelajar tentang jawapan betul.
7.    Jawapan berbentuk “Semua di atas” atau “Tiada satu pun di atas” sebagai jawapan pilihan perlu dikurangkan, supaya pelajar tidak mudah memilih jawapan betul.
8.    Aras kesukaran setiap soalan perlu setara (seperti kurangkan jawapan pilihan seperti supaya setiap soalan mempunyai aras kesukaran yang sama.
9.    Jawapan pilihan boleh disusun mengikut abjad, nilai nombor atau tahun, supaya wujud satu sistem susunan jawapan pilihan.




Kekuatan dan Kelemahan Pembinaan Soalan Objektif

Kekuatan

Berikut adalah beberapa kekuatan ujian objektif seperti yang dinyatakan di bawah:

*      Mempunyai ciri keobjektifan yang tinggi.
*      Mempunyai ciri kebolehpercayaan.
*      Dapat menguji banyak topik atau bidang dalam sesuatu mata pelajaran.
*      Item atau soalan boleh meliputi semua aras kemahiran.
*      Calon yang lemah dalam perbendaharaan kata boleh menjawab soalan dengan mudah.
*      Mudah ditadbirkan.
*      Lebih kepada ujian sumatif.
*      Keputusan mudah ditafsirkan dengan analisis item.
*      Ujian ini mempunyai objektif ujian tugas calon dan asas penilaian lebih jelas dan lebih tepat.
*      Ia bebas daripada penyelewengan pemarkahan.
*      Keadilan dari segi pemarkahan tersebut terjamin.
*      Tidak menggalakkan penipuan.
*      Ujian ini mempunyai nilai potensi diagnostik yang tinggi.
*      Ia boleh diskor dengan tepat. Ia juga boleh diskor dengan menggunakan mesin dan tidak memerlukan orang-orang yang terlatih.
*      Pemeriksaan boleh dipercayai .
*      Ujian ini bebas daripada artikulasi verbal. Ia tidak memerlukan kefasihan bahasa.
*      Ia dapat mengukur proses mental yang tinggi.


Kelemahan

*      Sukar membina item atau soalan dalam aras tinggi kognitif.
*      Perbelanjaan dan masa yang banyak diperlukan.
*      Menggalakkan calon yang tidak tahu menjawab meneka.
*      Kurang sesuai digunakan dalam ujian formatif.
*      Tidak dapat menguji kemahiran menyusun atau menghurai.
*      Ia tidak dapat mengukur kebolehan pelajar memilih, mengatur dan membuat sentisis idea-idea dan melahirkannya secara sepadu.
*      Ada kecenderungan menggalakkkan pelajar-pelajar meneka.
*      Semasa menduduki peperiksaan calon terpaksa menggunakan banyak masa untuk membaca dan berfikir.
*      Ujian ini memaksa guru-guru mengambil masa yang banyak untuk menyediakannya. Banyak tenaga yang digunakan.
*      Ia tidak dapat mengukur keaslian.




read n like are appreciated!

wibiya widget